SELAMAT DATANG KE ZON SEKOLAH KAMI

Sunday, April 17, 2011

PEKELILING BARU

KEMENTERIAN KEWANGAN

PEKELlLlNG PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2010

BANTUAN MENGURUS JENAZAH DAN BAYARAN PENGANGKUTAN

JENAZAH BAG1 PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan berhubung bantuan mengurus

jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah pegawai Perkhidmatan Awam.

LATAR BELAKANG

2. Pekeliliqg Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993 dan Surat Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 14 Tahun 1993 menetapkan tatacara bagi pembayarar~ bantuan

mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah pegawai Perkhidmatan Awam

yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan kepada warjs pegawai.

Perbendaharaan bersetuju supaya peraturan tersebut disemak sernula selaras

dengan keadaan semasa.

3. Melainkan sesuatu itu jelas maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran di

bawah ini hendaklah diikuti:

3.1 "Bantuan Mengurus Jenazah" bermakna bantuan kewangan yang

diberikan kepada waris pegawai atau pihak yang rnenguruskan

jenazah pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan untuk

apa-apa tujuan yang berkaitan dengan kernatian pegawai tersebut;

3.2 "Ketua Jabatan" bermakna pegawai yang terkanan yang mengetuai

sesuatu pejabat.

3.3 "Waris Pegawai" bermakna:

i) isteri dan anak-anak bagi pegawai lelaki yang telah berkahwin;

ii) suami dan anak-anak bagi pegawai perempuan yang telah

berkahwin; atau

iii) ibu bapa bagi pegawai bujang.

3.4 "Bantuan Pengangkutan Jenazah" bermakna bayaran untuk membawa

jenazah dari ternpat kematian ke tempat pengebumian atau

penyempurnaan mayat.

KELAYAKAN

4. Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi

pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, sama ada di

dalam atau di luar tugas rasmi adalah layak diberi kepada pegawai-pegawai

berikut:

4.1 pegawai lantikan tetap;

4.2 pegawai kontrak (contract of senlice);

4.3 pegawai sementara; dan

4.4 pegawai sambilan.

KADARBANTUAN

5. Kadar bantuan kepada waris pegawai adalah seperti berikut:

5.1 bayaran Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000; dan

5.2 bayaran pengangkutan jenazah mengikut kadar perbelanjaan sebenar

yang munasabah dan disokong dengan resit.

PERATURAN PEMBAYARAN

6. Bantuan Mengurus Jenazah

6.1 Apabila mendapat berita kematian seseorang pegawai di bawah

seliaannya, Ketua Jabatan hendaklah dengan seberapa segera

mendapatkan pengesahan kematian pegawai dan mengisi borang

seperti di Lampiran A.

6.2 Bantuan Mengurus Jenazah hendaklah dibayar secara tunai atau cek

atau bayaran pindahan secara elektronik (EFT) atau mana-mana

gabungan yang sesuai kepada waris terdekat pegawai yang

menirlggal dunia mengikut keutamaan seperti berikut:

(a) bagi pegawai yang sudah berkahwin adalah isteri atau suami

pegawai yang meninggal dunia. Jika pegawai mempunyai

isteri lebih daripada seorang, bayaran akan diberikan kepada

2

isteri yang menanggung perbelanjaan mengurus jenazah

tersebut; atau

(b) bagi pegawai yang dudal janda adalah anak pegawai yang

berumur 18 tahun ke atas; atau

(c) bagi pegawai bujang adalah ibu atau bapa pegawai.

6.3 jika pegawai tidak mempunyai waris terdekat dan jenazah diuruskan

oleh mana-mana ahli keluarga pegawai, maka Bantuan Mengurus

Jenazah bolehlah diberikan kepada orang yang menanggung

perbelanjaan mengurus jenazah tersebut; atau

6.4 jika jenazah tidak mempunyai waris, maka Ketua Jabatan boleh

memberikan Bantuan Mengurus Jenazah kepada pihak yang

menguruskan jenazah tersebut.

7. Bayaran Pengangkutan Jenazah

7.1 Bayaran Pengangkutan Jenazah hendaklah dibuat berdasarkan

perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan resit;

7.2 tuntutan ini hendaklah dikemukakan oleh waris atau pihak yang telah

menerima Bantuan Mengurus Jenazah seperti di perenggan 6.2, 6.3

dan 6.4; dan

7.3 sekiranya kemudahan pengangkutan jenazah disediakan oleh jabatan

atau ditanggung oleh pihak lain, Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi

perjalanan tersebut tidak lagi boleh dituntut.

TANGGUNGJAWAB KE'I'UA JABATAN

8. Ketua Jabatan hendaklah memastikan supaya:

8.1 bayaran dibuat kepada waris pegawai atau pihak lain yang

menguruskan jenazah dengan segera. Sekiranya bayaran dibuat

secara tunai, waris atau pihak terlibat menandatangani surat akuan

menerima bayaran seperti di Lampiran B dan sekiranya bayaran

dibuat melalui cek, Ketua Jabatan perlu memastikan supaya Pusat

Tanggungjawabl Pusat Kos mengeluarkan baucar pembayaran

tersebut dengan serta merta. Jika bayaran dibuat melalui cek atau

EFT, Lampiran B tidak perlu diisi. Walau bagaimanapun, Ketua

Jabatan hendaklah memastikan rekod-rekod mengenai pembayaran

disimpan dengan teratur;

8.2 kadar tuntutan Bayaran Pengangkutan Jenazah adalah munasabah;

8.3 maklumat-maklumat mengenai bantuan ini dicatitkan di dalam Buku

Kenyataan Perkhidmatan Pegawai; dan

8.4 dalam tempoh sebulan selepas bayaran dibuat, maklumat-maklumat

berikut diperolehi dan disimpan dengan teratur:

(a) salinan Sijil Kematian yang diakui sah; dan

(b) salinan surat akuan penerimaan (Lampiran B) dan rekod

pembayaran.

SYARAT DAN PERATURAN LAIN

9. Bayaran Menguruskan Jenazah boleh terus dibuat dan tidak memerlukan

Penyata Perubahan Kew. 8.

10. Peraturan mengenai pengangkutan jenazah pegawai Perkhidmatan Awam

yang meninggal dunia di luar negeri adalah ditetapkan dalam Surat Pekeliling

Am Bil. 13 Tahun 1982 dan pindaannya.

11. Selain daripada peraturan di atas, pegawai yang bertukar Wilayah atau

berkhidmat di luar negeri juga layak menerima kemudahan tambang bagi ahli

keluarga seperti yang ditetapkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3

Tahun 2003 dan pindaannya serta Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1994

dan pindaan.

PEMAKAIAN

Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan

Berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada

penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010.

PEMBATALAN

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling dan Surat Pekeliling berikut

dibatalkan:

i. Rekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993; dan

ii. ra ii) dan (iii), Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 14 Tahun 1993.

(Tan Sri Dr. Wan Abd. ~ziqdVanA bdullah)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan Malaysia

Putrajaya

Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri

Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan

LAMPIRAN A

(PP Bil. 3 Tahun 2010)

PENGESAHAN KETUA JABATAN

1. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima laporan bahawa pegawai di

pejabat saya bernama.. ................................................................... No. Kad

Pengenalan ......................................... No. Gaji ................. telah meninggal dunia

pada .............................. iaitu semasa dalam Perkhidmatan Kerajaan.

2. Saya mengesahkan* bahawa:

i. pegawai ini mempunyai waris/ ahli keluarga terdekat yang boleh

dibayar bantuan mengurus jenazah iaitu EnciW Puan/ Cik

..........................................................................................

Alamat.. ...............................................................................

..........................................................................................

No. Kad Pengenalan ...........................................................

Hubungannya dengan pegawai ialah .........................................

II. pegawai tidak mempunyai waris/ ahli keluarga terdekat dan

jenazah diuruskan oleh ..........................................................

Alamat ................................................................................

No. Kad Pengenalan ........................................ Bayaran

Mengurus Jenazah boleh dibayar kepada pihak berkenaan.

Tandatangan

Nama Pegawai :

Jawatan

Cop Pejabat

Tarikh

'Sila tandakan dalam kotak yang berkenaan.

LAMPIRAN B

(PP Bil. 3 Tahun 2010)

SURAT AKUAN PENERIMAAN BAYARAN TClNAl

BANTUAN MENGURUS JENAZAH

1. Saya .......................................................... (No. Kad Pengenalan

................................). yang bertandatangan di bawah, beralamat di

...............................................................................................................

...........................................................d.. e n in i mengaku telah menerima

wang tunai berjumlah RM ........... (Ringgit Malaysia. ..........................................).

daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia sebagai bayaran Bantuan Mengurus

Jenazah ................................................. (No. Kad Pengenalan ..................... )

seorang anggota Perkhidmatan Awam yang bertugas di Jabatan

Tandatangan:

Sebagai pengesahan, tandatangan di atas telah disaksikan oleh:

Tandatangan .......................................

Nama .......................................

Alamat .......................................

......................................

No. Kad Pengenalan : ......................................

Tarikh .......................................

No comments:

Post a Comment